~SEIRINGAN JIHAD DAN DAKWAH... TEGAR MENGHARUNGI TITIAN FISABILILLAH~



Blog ini dibawah kendalian :
UNIT INFORMASI G3

Saturday, January 7, 2012

Ya Allah, Aku Mahu Berubah...


                                                              

Ya Allah..
syukur di atas nikmat pancainderaMu..
dengan penglihatan…
aku dapat melihat segala kekuasaanMu…
mengagumi segala kebesaran-Mu..                                                       Namun.. dengannya jualah…
aku melakukan kemungkaran pada-Mu.. menjerumuskan diriku ke lembah dosa..
                                             melihat pada yang tak sepatutnya...
                                            membuatkan diri ini alpa saat hidayahMu   
                                                                         tiba....


Seketika ku tersedar…
mungkin belum terlambat…
untukku pahatkan dalam diri…
bahawa… aku mahu berubah…!!!
Ya Allah…
jika dulu aku angkuh di bumi-Mu…
alhamdulillah…
hidayah-Mu mematahkan keangkuhanku..
  membangunkan sifat malu…
yang selama ini tersorok dalam  
                     diri......


Ku tundukkan pandanganku…
yang selama ini meliar...
ku timbulkan kekeliruan..
pada teman-teman..
ku tempis segala teguran sinis..
ku tekadkan dalam kalbuku...
bahawa… aku mahu berubah…!!!


Ya Allah…
jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-Mu...
terleka dengan duniawi…
terkadang ku abaikan ukhrawi…
Subhanallah…
sesungguhnya kekuasaan-Mu yang paling agung...
kau sedarkanku di saat aku hanyut… masih tak terlambat…
untuk suatu perubahan…
ku akur pada kekuasaan-Mu…
lantas…
ku laungkan dalam hatiku…
      aku mahu berubah…!!!
Ya Allah…
ku pohon hidayah-Mu…
duhai ayahanda & bonda, sahabat-sahabat serta teman-teman…
bantulah daku… bimbinglah daku…
dalam mencari…
cinta yang paling agung..
cinta yang Esa…

Salam mahabbah sahabat2 sekalian....
Moga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan ALLAH..
Mustahilkah??Susahkah untuk berubah??
Pasti jawapannya tidak mustahil. Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Hmmmm.....
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak...
Yang mana lebih kita kejarkan? Perubahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
   Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan     ini , jalannya dihiasi dengan ranjau yang penuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan   semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia..
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya..

Utamakanlah Pandangan ALLAH daripada Pandangan MANUSIA
Bila sekali PINTU HATI diketuk, BERSYUKURLAH...
kerana kita tidak tahu bila lagi ALLAH akan kurniakan HIDAYAHNYA kepada kita...

Wallahu'alam... 

~Tingkatkan kualiti iman~

Sunday, January 1, 2012

Hidup ini Penuh dengan Ni^mat... Maka berSYUKURlah

Salah satu di antara sifat2 orang yang tidak bersyukur kepada Allah ialah mereka tidak pernah puas dengan ni^mat yang Allah telah kurniakan kepada mereka. Oleh sebab itulah sifat2 mulia seperti zuhud dan qona^ah sukar untuk "bertapak" di hati.
Ketahuilah duhai insan, ni^mat Allah begitu banyak tiada terhitung. Di dalam alam ini, semua milik Allah, tiada milik kita secara haqiqi. 
Jadi, janganlah melampaui batasan berdasarkan apa yg telah Allah Ta^ala tetapkan.

Berfikir Sejenak !!!!!!!

Mencari kebaikan dgn jalan yg salah. 

Bagaimanakah penghujungnya??? 

Maka berfikirlah akan kesan dan akibatnya.

Namun perlu diingatkan, 

berfikirlah berdasarkan keimanan dan ilmu pengetahuan 

bukan berdasarkan kejahilan dan ketaksuban.