~SEIRINGAN JIHAD DAN DAKWAH... TEGAR MENGHARUNGI TITIAN FISABILILLAH~



Blog ini dibawah kendalian :
UNIT INFORMASI G3

Monday, May 2, 2011

PELAJAR KAMPUS BERCUTI…

Di pertengahan tahun ini, ramai pelajar IPTA dan IPTS akan menjalani cuti dan ada dalam kalangan yang mempunyai tempoh cuti yang lama dan ada yang sekejap sahaja. Namun persoalannya di sini, bagaimanakah para pelajar kampus akan memanfaatkannya mengikut kehendak syarak dan selaras dengan tuntutan agama.
            Ada dalam kalangan mereka yang bercuti kerana berasa lega setelah berhempas – pulas dan bertungkus – lumus menjalani Peperiksaan Akhir Semester. Ada juga yang beria – ia untuk pulang kerana rindukan keluarga di kampung halaman. Ketahuilah bahawa sesungguhnya cuti yang diperoleh oleh para pelajar perlu dimanfaatkan dengan sebenar – benarnya agar jasad dan ruh ini selalu mengingati Allah dan sentiasa dalam keredhaanNya.
            Bagi mereka yang mempunyai cuti yang lama, gunakanlah masa yang itu untuk menuntut ilmu Allah di pondok – pondok atau menghadiri majlis -  majlis ilmu di masjid -  masjid. Ambillah kesempatan ini untuk berdampingan dan bercinta dengan ilmu agama kerana mungkin sewaktu di kampus, kita tidak berpeluang untuk berbuat sedemikian. Lebih -  lebih lagi, ilmu Fardhu Ain perlulah sentiasa diulang -  ulang pembelajarannya agar lidah dan hati sentiasa “basah” dalam mengingati dan memahaminya.
            Akhir kata, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan ayuh kita manfaatkan musim cuti dengan amalan – amalan yang bisa mendekatkan diri kita semua kepada Allah tanpa sebarang masalah. Wallahu’alam.

CORETAN KASIH dari :
Unit Usrah & Tarbiyyah,
Generasi 3,
GENERASI PENYELAMAT UMMAH,
Malaysia.
            

No comments:

Post a Comment