~SEIRINGAN JIHAD DAN DAKWAH... TEGAR MENGHARUNGI TITIAN FISABILILLAH~



Blog ini dibawah kendalian :
UNIT INFORMASI G3

Saturday, August 20, 2011

Ramadhan Mengeratkan Lagi Ukhuwwah G3




            Di dalam mengejar keberkatan Ramadhan, G3 sekali lagi mengorak langkah menuju ke arah mencapai matlamat membina peribadi mulia dalam menjayakan “Ukhuwwah Fillah Abadan Abada”. Dengan bertunjangkan tanzim kepimpinan G3 yang baru diketuai oleh Saudara Zulkifli bin Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan “Puli”, kami semua berjalan seiringan menongkah arus perjuangan demi meraih redha Allah Yang Maha Suci.

            Syukur kepada Allah kerana kami telah berjaya mengadakan 2 program G3 di awal Ramadhan iaitu pada 5hb Ogos 2011 (Jumaat) dan 12hb Ogos 2011 (Jumaat).

            Pada 5hb Ogos 2011 (Jumaat), Unit Usrah dan Tarbiyyah G3 yang dikendalikan oleh Saudara Farhan dan Saudari Azrina telah mengatur sebuah program “usrah” bertempat di Madrasah Buluh Melintang berhampiran dengan kediaman Saudari Shahirah dan Saudari Nabila. Kedua-duanya merupakan ahli G3. Pentazkirah pilihan pada hari berkenaan adalah Saudara Farhan. Antara isi nasihatnya ialah :

-          Fasa Ramadhan yang terbahagi kepada 3 iaitu Rahmah, Maghfirah (Keampunan), dan Itqumminnar (Bebas daripada Api Neraka).
-          Nikmat dalam Ramadhan iaitu Nikmat Berbuka dan Nikmat Bersahur.
-          Didikan Ramadhan iaitu menjadi bertaqwa, bersabar, kasih dan cinta kepada Allah, Tawaddhu^ (rendah hati), berharap pada Redha Allah, menjadi pemurah, dan tidak sombong.

Mas’ulah G3 iaitu Saudari Fatihah turut hadir member pengisian rohani mengenai hidup berjemaah. Faham, Percaya, dan Yaqin mesti disertakan bersama agar kita mampu merasai kemanisan hidup di dalam jemaah Islamiah.

            Pada 12hb Ogos 2011 (Jumaat), G3 telah berjaya dengan izin Allah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di kediaman Saudari Azima di Kampung Kubang Batu dan makanan pada hari itu ditaja oleh Saudara Zulkifli berserta dengan beberapa orang ahli yang lain.

            InshaAllah, di kesempatan Ramadhan yang ada, G3 akan terus berjuang menyebarkan fikrah Islamiah kepada masyarakat dan mendedahkan tentang kemanisan hidup di dalam Ukhuwwah Islamiah. Ketahuilah, mereka yang saling mencintai kerana Allah, nescaya Allah akan menaungi mereka dengan RahmatNya di padang Mahsyar kelak daripada panas terik matahari.

            Semoga Allah merahmati perjuangan G3 dan Generasi Penyelamat Ummah. Wallahua’lam.

Disediakan Oleh;
UNIT INFORMASI G3 (Akram dan Azima)

No comments:

Post a Comment