~SEIRINGAN JIHAD DAN DAKWAH... TEGAR MENGHARUNGI TITIAN FISABILILLAH~



Blog ini dibawah kendalian :
UNIT INFORMASI G3

Wednesday, January 5, 2011

GENERASI HARAPAN



            Bersiap sedialah dalam menjayakan misi untuk mewujudkan Biah Solehah di setiap pelosok dunia ini. Impian yang dinyatakan nampak begitu besar namun itulah hakikatnya bahawa Islam pasti bisa gemilang kembali sepertimana yang telah termaktub dalam sejarah. Mereka yang percaya dan yaqin pada Allah takkan sekali-kali menganggap ia adalah adalah mustahil. Islam adalah agama yang tinggi dan mulia. Islam sahaja agama yang diterima di sisi Allah.
            Bersama lah kita semua mengorak langkah membina Generasi Harapan. Siapakah mereka? Dimanakah mereka? Sudah adakah mereka di dunia ini? Kita semua sebagai umat Islam tentu menginginkan sebuah generasi yang mampu mengembalikan Kemuliaan Islam pada tempatnya dengan cara yang shohih dan tanzih.
            Di dunia ini, pelbagai jenis gerakan Islam telah muncul malahan ia terus bertebaran bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Namun, impian untuk melihat kembali kegemilangan Islam nampak masih pudar. Apakah masalahnya? Lihatlah hakikatnya, walaupun banyak gerakan Islam yang muncul, namun mereka semua tidak bersatu. Mereka semua rela berada dalam jemaah masing-masing dan berpecah dengan jemaah yang lain semata-mata dengan alasan kerana ideology perjuangan yang berbeza. Walhal, matlamat mereka semua sama iaitu mencapai Keredhaan Allah.

            Bagaimana mungkin Generasi Harapan bisa muncul jika setiap hari naqib dan naqibah dari pelbagai gerakan Islam asyik meracuni pemikiran generasi baru dengan pemahaman-pemahaman yang penuh fitnah dan berbaur perpecahan. Jangan biarkan ianya berlarutan. Jika tidak kegemilangan Islam tidak akan bisa dinikmati buat selama-lamanya. Benar, lambat laun Islam akan menang jua tapi harus kita ingat bahawa keadaan itu tidak tahu bila akan muncul. Oleh itu, kita perlu membuat persediaan untuk menanti saat yang dinantikan itu.
            GPU : G3 menyeru kepada semua gerakan Islam agar kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang sebenar dan utamakan perpaduan atau kesatuan hati. Harus kita ingat, perpaduan sahaja tidak cukup kerana kita perlukan toleransi atau tolak ansur dalam menghayati matlamat perjuangan Islam. Kembalilah kepada perjuangan Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar lagi suci. Fahamilah erti sebenar Islam dan perbaikilah jalan dakwah kita agar mudah untuk kita memperoleh Rahmat Allah SWT tanpa sebarang hijab.
            Ayuh!!! Bersama Membina Generasi Harapan Islam....
            Demi Allah, Rasul, dan Islam... 

Disediakan oleh :
UNIT USRAH & TARBIYYAH G3,
GENERASI PENYELAMAT UMMAH,
MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment