~SEIRINGAN JIHAD DAN DAKWAH... TEGAR MENGHARUNGI TITIAN FISABILILLAH~



Blog ini dibawah kendalian :
UNIT INFORMASI G3

Thursday, January 13, 2011

RUKUN ISLAM


Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Islam itu dibina di atas ilmu asas iaitu syahadah atau naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Kedua ialah mendirikan sembahyang fardhu lima waktu. Ketiga ialah berpuasa sebulan pada bulan Romadhon. Keempat ialah membayar zakat dan kelima ialah menunaikan fardhu haji ke Mekah bagi yang berkuasa.”

Hadis tersebut merupakan suatu hadis yang amat penting yang membicarakan tentang Rukun Islam yang lima yang wajib diketahui dan dipatuhi serta diamalkan oleh setiap orang yang mengaku dirinya seorang Islam.

Rukun Islam yang lima itu merupakan asas bagi keislaman seseorang. Tidaklah sempurna keislaman seseorang itu selagi rukun -  rukun yang lima ini diabaikan.

1.      MAKNA SYAHADAH
Kalimah Syahadah itu ialah :
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah.”
Kalimah tersebut dinamakan Dua Kalimah Syahadah kerana ia mengandungi dua bahagian syahadah. Syahadah pertama ialah “La ilaha illallah” yang bererti Tiada Tuhan Melainkan Allah. Syahadah kedua pula ialah “Muhammadan Rasulullah” yang bererti Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah. Kalimah itu juga disebut Kalimah Tauhid.
Dua kalimah itu mestilah diikrar sekaligus. Seseorang yang menyebut atau menerima separuh sahaja seperti “Asyhadu allaa ilaha illallah” adalah tidak memadai dan tidak sah dia menjadi seorang Islam. Oleh itu, wajib ikrar kedua-duanya. Sebab itulah dinamakan Dua Kalimah Syahadah.

*Petikan kitab Asas-Asas Fardhu 'Ain karangan Allahyarham Ustaz Sulaiman Endut. Semoga Rahmat Allah bersamanya.

... bersambung ...

No comments:

Post a Comment