~SEIRINGAN JIHAD DAN DAKWAH... TEGAR MENGHARUNGI TITIAN FISABILILLAH~



Blog ini dibawah kendalian :
UNIT INFORMASI G3

Saturday, August 20, 2011

Ramadhan Mengeratkan Lagi Ukhuwwah G3




            Di dalam mengejar keberkatan Ramadhan, G3 sekali lagi mengorak langkah menuju ke arah mencapai matlamat membina peribadi mulia dalam menjayakan “Ukhuwwah Fillah Abadan Abada”. Dengan bertunjangkan tanzim kepimpinan G3 yang baru diketuai oleh Saudara Zulkifli bin Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan “Puli”, kami semua berjalan seiringan menongkah arus perjuangan demi meraih redha Allah Yang Maha Suci.

            Syukur kepada Allah kerana kami telah berjaya mengadakan 2 program G3 di awal Ramadhan iaitu pada 5hb Ogos 2011 (Jumaat) dan 12hb Ogos 2011 (Jumaat).

            Pada 5hb Ogos 2011 (Jumaat), Unit Usrah dan Tarbiyyah G3 yang dikendalikan oleh Saudara Farhan dan Saudari Azrina telah mengatur sebuah program “usrah” bertempat di Madrasah Buluh Melintang berhampiran dengan kediaman Saudari Shahirah dan Saudari Nabila. Kedua-duanya merupakan ahli G3. Pentazkirah pilihan pada hari berkenaan adalah Saudara Farhan. Antara isi nasihatnya ialah :

-          Fasa Ramadhan yang terbahagi kepada 3 iaitu Rahmah, Maghfirah (Keampunan), dan Itqumminnar (Bebas daripada Api Neraka).
-          Nikmat dalam Ramadhan iaitu Nikmat Berbuka dan Nikmat Bersahur.
-          Didikan Ramadhan iaitu menjadi bertaqwa, bersabar, kasih dan cinta kepada Allah, Tawaddhu^ (rendah hati), berharap pada Redha Allah, menjadi pemurah, dan tidak sombong.

Mas’ulah G3 iaitu Saudari Fatihah turut hadir member pengisian rohani mengenai hidup berjemaah. Faham, Percaya, dan Yaqin mesti disertakan bersama agar kita mampu merasai kemanisan hidup di dalam jemaah Islamiah.

            Pada 12hb Ogos 2011 (Jumaat), G3 telah berjaya dengan izin Allah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di kediaman Saudari Azima di Kampung Kubang Batu dan makanan pada hari itu ditaja oleh Saudara Zulkifli berserta dengan beberapa orang ahli yang lain.

            InshaAllah, di kesempatan Ramadhan yang ada, G3 akan terus berjuang menyebarkan fikrah Islamiah kepada masyarakat dan mendedahkan tentang kemanisan hidup di dalam Ukhuwwah Islamiah. Ketahuilah, mereka yang saling mencintai kerana Allah, nescaya Allah akan menaungi mereka dengan RahmatNya di padang Mahsyar kelak daripada panas terik matahari.

            Semoga Allah merahmati perjuangan G3 dan Generasi Penyelamat Ummah. Wallahua’lam.

Disediakan Oleh;
UNIT INFORMASI G3 (Akram dan Azima)

Wednesday, May 25, 2011

USRAH G3 Kembali Lagi….

Saudara Haizzat (Ejak @ Along) sedang membuat pengisian ilmu


              Syukur kepada Allah kerana telah memberi keizinan kpd Unit Usrah dan Tarbiyyah G3 untuk mengadakan usrah pada 21 Mei 2011 (Sabtu). Majlis berkenaan bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Disebabkan kerana musim ini adalah sempena cuti semester bagi seluruh IPTA dan IPTS, unit kami mengambil kesempatan ini untuk bersua muka setelah lama tidak berjumpa di samping meluangkan masa meringankan jiwa raga untuk mendapatkan cebisan – cebisan ilmu di dalam majlis yang penuh bermakna ini. Walaupun kehadiran para sahabat G3 tidaklah terlalu ramai atas beberapa kesulitan, namun Allah telah memudahkan segala urusan kami dan menjadikan majlis ini berjalan lancar seperti yang dirancang.
            Saudara Haizzat Naim yang merupakan Mas’ul (Penasihat) G3 telah hadir untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang mampu mendekatkan kami semua kepada Allah. Beliau telah berbicara mengenai KEIKHLASAN. Di antara input – input berguna yang sempat dicatatkan ialah ;
1.      Usrah adalah satu Rahmat dari Allah.
2.      Kita hendaklah sentiasa mengingati ikrar kita terhadap Allah yang mana kita mengakui bahawa solat kita, segala ibadah kita, hidup dan mati kita, semuanya dilakukan semata – mata kerana Allah.
3.      Keikhlasan ialah bukti kesempurnaan iman.
4.      Allah tidak melihat semata – mata kepada bentuk atau paras rupa manusia tapi apa yang menjadi keutamaan bagi Allah ialah kesucian dan kemurnian hati seorang hamba Allah itu.
5.      Kita sebagai hamba Allah perlu jelas tentang dasar keikhlasan dan bagaimana untuk mencapai tahap keikhlasan yang diredhai Allah.

Saudara Zulfadli (Pok Ju) mewakili
Generasi 2 turut hadir bersama
Semoga Allah memberi kesempatan lagi buat unit kami untuk mengadakan majlis seperti ini supaya ianya mampu menjadi wadah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengutuhkan ukhuwwah fillah dalam hidup berjemaah. ALLAHUAKBAR!!!!!!!

Muslimah G3 : Saili dan Aswa
Muslimin G3 : Zulkifli (Puli), Hafiza (Piza),
Zulhelmi (Pok Mi), dan Akram (Ye)

Sunday, May 15, 2011

Rindu Bersama

Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com


Ku rindukan kasihmu kekanda
Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh pun terasa pilu
Tiupan angin kedengaran
Bagai mengalun irama indah
Sengaja menutupi rasa hati selama ini
Namun tak mempu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari
Kini ku pasrah terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu kekanda
Ciptalah kejayaan dalam dirimu
Seimbang dunia jua akhirat
Letakkan agaman setingginya
Itulah nasihatku seiring rindumu
Akanku turuti nasihatmu
Inginku contohi dirimu oh kekanda Pasti kau kecapi bahagia di hari muka
Jasamu kekanda mustahil kulupakan
Dulu, kini hingga ke akhirnya
Dirimu bertakhta di kalbu

Monday, May 2, 2011

PELAJAR KAMPUS BERCUTI…

Di pertengahan tahun ini, ramai pelajar IPTA dan IPTS akan menjalani cuti dan ada dalam kalangan yang mempunyai tempoh cuti yang lama dan ada yang sekejap sahaja. Namun persoalannya di sini, bagaimanakah para pelajar kampus akan memanfaatkannya mengikut kehendak syarak dan selaras dengan tuntutan agama.
            Ada dalam kalangan mereka yang bercuti kerana berasa lega setelah berhempas – pulas dan bertungkus – lumus menjalani Peperiksaan Akhir Semester. Ada juga yang beria – ia untuk pulang kerana rindukan keluarga di kampung halaman. Ketahuilah bahawa sesungguhnya cuti yang diperoleh oleh para pelajar perlu dimanfaatkan dengan sebenar – benarnya agar jasad dan ruh ini selalu mengingati Allah dan sentiasa dalam keredhaanNya.
            Bagi mereka yang mempunyai cuti yang lama, gunakanlah masa yang itu untuk menuntut ilmu Allah di pondok – pondok atau menghadiri majlis -  majlis ilmu di masjid -  masjid. Ambillah kesempatan ini untuk berdampingan dan bercinta dengan ilmu agama kerana mungkin sewaktu di kampus, kita tidak berpeluang untuk berbuat sedemikian. Lebih -  lebih lagi, ilmu Fardhu Ain perlulah sentiasa diulang -  ulang pembelajarannya agar lidah dan hati sentiasa “basah” dalam mengingati dan memahaminya.
            Akhir kata, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan ayuh kita manfaatkan musim cuti dengan amalan – amalan yang bisa mendekatkan diri kita semua kepada Allah tanpa sebarang masalah. Wallahu’alam.

CORETAN KASIH dari :
Unit Usrah & Tarbiyyah,
Generasi 3,
GENERASI PENYELAMAT UMMAH,
Malaysia.