~SEIRINGAN JIHAD DAN DAKWAH... TEGAR MENGHARUNGI TITIAN FISABILILLAH~



Blog ini dibawah kendalian :
UNIT INFORMASI G3

Wednesday, November 3, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih



BAB PERTAMA : Pada Menyatakan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Dan wajib atas orang yang ‘aqil baligh itu bahawa mengetahui bahawasanya Allah Taala itu:

1.    Esa, tiada yang bersekutu denganNya.
2.    Tunggal, tiada yang serupa denganNya.
3.    Sedia ada, tiada bagiNya permulaan.
4.    Kekal, tiada bagiNya kesudahan.
5.    Maha Suci Allah Taala daripada bersamaan dengan segala makhluq yang baharu.
6.    Tiada sesuatu yang seumpama Allah Taala dan iaitu Yang Mendengar dan Yang Melihat.
7.    Tiada Allah Taala itu berjisim yang berupa.
8.    Maha Suci Allah Taala daripada berpindah dan bergerak dan mengambil tempat dan bertempat yang tertentu pada sesuatu benua dan berpihak dengan pihak yang tertentu.
9.    Tiada meliputi akan Allah Taala itu oleh tempat.
10.  Tiada menentukan Allah Taala itu oleh zaman.
11.  Allah Taala itu dahulu daripada bahawa Dia menjadikan akan zaman dan tempat. Dan adalah Allah Taala sekarang atasnya, iaitu ada Dia sedia tiada berubah-ubah daripada sedianya.

Adapun setengah daripada segala sifat yang wajib bagi haq Allah Taala itu maka iaitu 20 sifat :

1.    Wujud ertinya ada.
2.    Qidam ertinya sedia.
3.    Baqo’ ertinya kekal.
4.    Mukholafatuhu lil-hawadits ertinya bersalahan Dia bagi segala yang baharu.
5.    Qiyamuhu bi nafsih ertinya berdiri Dia dengan sendirinya.
6.    Wahdaniah ertinya Esa.
7.    Qudrat ertinya berkuasa.
8.    Iradat ertinya berkehendak.
9.    ‘Ilmu ertinya mengetahui.
10.  Hayat ertinya hidup.
11.  Sama’ ertinya mendengar.
12.  Bashor ertinya melihat.
13.  Kalam ertinya berkata-kata.
14.  Kaunuhu Taala Qodiran ertinya keadaan Allah Taala yang kuasa.
15.  Kaunuhu Taala Muridan ertinya keadaan Allah Taala yang berkehendak.
16.  Kaunuhu Taala ‘Aliman ertinya keadaan Allah Taala yang mengetahui.
17.  Kaunuhu Taala Hayyan ertinya keadaan Allah Taala yang hidup.
18.  Kaunuhu Taala Sami’an ertinya keadaan Allah Taala yang mendengar.
19.  Kaunuhu Taala Bashiran ertinya keadaan Allah Taala yang melihat.
20.  Kaunuhu Taala Mutakalliman ertinya keadaan Allah Taala yang berkata-kata.

Adapun setengah daripada sifat-sifat yang mustahil atas haq Allah Taala itu maka iaitu 20 sifat, iaitu lawan segala sifat yang tersebut itu jua. Adapun sifat yang jaiz, ertinya harus pada haq Allah Taala itu maka iaitu berbuat yang mumkin atau meninggalkan berbuat akan dia, yakni harus diperbuatnya dan harus tiada diperbuatnya akan yang mumkin itu. Maka tiada wajib atasnya berbuat akan dia dan tiada wajib meninggalkan akan dia.

·       Dipetik dari Kitab Hidayatus Salikin : Fi Suluki Maslakil Muttaqin (Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala) susunan Syeikh Abdus-Shomad Al-Falimbani, disunting dan disempurnakan oleh Ahmad Fahmi Bin Zamzam (Abu ‘Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki)

No comments:

Post a Comment